Layar berbelok, sauh dibungkar

“Kanda lupa cinta dinda seagung maya” Hang Tuah “Cinta kanda? Bukan semesta luasnya?” Gusti Putri “Masih kecil berbanding cinta dinda!” Hang Tuah “Tapi kanda ke mari juga” Gusti Putri “Laksana orang haus dahaga, berjumpa air satu telaga. Setapak melangkah, dua langkah ingatan kanda pada dinda” Hang Tuah “Adinda bersumpah jikalau kekanda tidak kembali, adinda akan menyusul kekanda, meminjak pada tanah yang sama, bernafas pada udara yang sama” Gusti Putri “Apakan daya, tangan terikat dilangit, kaki terpasak dibumi, jasad tidak setanding mimpi.
  
Layar berbelok-belok, 
Sauh dibungkar di tempat tenang, 
Yang tinggal hati tak elok, 
Yang pergi hati tak senang. 

Bila sampai waktu, kita akan bersama. Tanah mana yang aku pijak? Berdirinya aku kasih berguguran. Pasir mana yang aku genggam? Erat tanganku semakin layu. Bunga berkembang. Bumi luas aku seorang Kalau nak menurut biar berakal, kalau mengikut biar pintar”

(Petikan dialog M.Nasir dalam filem Puteri Gunung Ledang)

Gunung Ledang memang amat rapat dengan hidupku. Sejak zaman persekolahan aku pernah ke sana mengikuti naluriku yang inginkan ketenangan suasana hutan, indahnya ketenangan dan bau-bauan yang amat menyegarkan. Malah tika aku sakit, kerap juga aku kesana dan selalunya pulang dengan satu kekuatan yang berlainan. Tidak ramai yang tahu ramai yang bersuluk di sana. Pernah seorang tua yang bersama kami mendaki menceritakan kisah panglima hitam yang bertapa di salah sebuah gua yang berada di sana. Gua Majapahit dan Gua Masjid merupakan gua yang popular di antara para pensuluk di Gunung Ledang. 

Gua Masjid dikatakan tempat Datuk Adi Putra, Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu bersolat dan bersuluk. Pada asalnya gua ini rata, tetapi disebabkan ekosistem kita berubah, gua ini tidak rata dan diliputi tanah. Pada masa ini masih boleh lagi bersolat dan bersuluk di sini. Selalu di masuki oleh orang orang yang mahu beruzlah dan berkhalwat kepada Allah, Jauh dari kebisingan manusia. Dalam Gua ini memang sangat tenang dan nyaman.Hanya insan yang berhati waja mampu berada dan mendiamkan diri sambil berfikir tentang kebesaran Allah dan alam ciptaannya. Mencari satu kekuatan yang lebih kekal.

Gua Majapahit biasa nya tempat bersuluk para pensilat. Memang aman dari kejauhan kota. Perjalanan ke Gua Majapahit ialah kira kira setengah jam berjalan kaki. Ada sebuah batu rata,yang di gunakan untuk munajat. Gua ini tidak berapa popular seperti Gua Masjid. Batu Alif juga merupakan tempat yang amat popular di kalangan ahli persilatan. Kerap juga didatangi oleh pesilat dari Singapura, Brunei dan Indonesia. Batu ini terletak di gelanggang Silat Hang Tuah pada ketinggian 4000 kaki dari aras laut. Batu ini berdekatan dengan Gua Masjid. Kebiasaan Peserta Silat Tempatan akan bermalam di hadapan Batu Alip.

Buluh malam atau perindu boleh dijumpai jika kita amati dengan teliti. Acap kali orang tuan yang saya hubungi ketika berada di Gunung Ledang, jika ingin mengambil buluh perindu rapatkan matamu di batu dasar buluh perindu. Ambil daun yang pertama terjuntai keluar. Itu adalah hakmu. Namun pesanan ayah memaksa aku membatalkan mengambil apa sahaja yang terhidang di sana. Pesan ayah Jin itu wujud dan tidak akan memberikan apa-apa miliknya kepada manusia. Oleh itu manusia yang inginkan barangan Jin tidak akan memperolehinya sedangkan sesiapa yang tak mahu acap kali akan di suakan beberapa barangan. Jin kalau memberikan sesuatu pada kita, pasti akan disertakan syarat-syarat tertentu.

Naik bukit perlahan-lahan
Buluh perindu tidak berbunga
Sakit demam boleh di tahan
Sakit Rindu susah ubatnya

Kalau dilurut buluh perindu
Baru nampak kelibat bunga
Apa dirisau penyakit rindu
Saya ada penawar ubatnya

Gunung Ledang Jalannya Lurus
Puncak Mahligai Paling Menguja
Kalau dah rindu makan tak terurus
Kami ada penawarnya Tiga

Buluh Perindu akar Cenuai
Untuk kekasih yang belun tiba
Usah diturut hati yang kusai
Terlompat ke Gaung Ajal Tiba
Share:

Total Pageviews

Labels

Teman Blog

Pengikut