Kau Kata Nak Masuk Syurga

"Kau kata nak masuk syurga. Jom! aku terkedu. Lew, jom la ambil wuduk. Solat. asar dah masuk ni. Ciri-ciri antara ahli syurga, mereka tak lewatkan solat tau." Aku tersenyum. mengatur langkah menuju ke bilik air. kedinginan wuduk terasa membasahi muka. Alhamdulillah. asar hari ini masih sempat aku jumpa. Kami duduk satu bulatan.

Adila mengetuai pembacaan mathurat. "Auzubillahi sami' alim ...... " Sayu suaranya mengalunkan bacaan. Malam itu kami bersetuju untuk memasak masakan yang agak istimewa memandangkan ada tetamu yang bakal bertandang. Sambil memotong sayur, Adila bercerita. Rasulullah dulu kalau ada orang nak datang rumah baginda memang layan yang terbaik. Kita pun kena contohi baginda Rasulallah.

Kata nak masuk syurga. Serentak kedengaran suara kami disambut dengan deraian ketawa. Pagi itu sebelum ke kelas, kami bersalaman. “Jaga diri. Ingat pesan Allah. Ingat pesan Rasul. Umi dan Boyah. Kata nak masuk syurga. Kena jadi anak solehah”. Pesannya sambil tersenyum memandangku.

Tiba tiba keadaan bertukar menjadi sayu. aku tengok mata Adila bergenang. “Kenapa ni ?, habis kelas nanti kan jumpa balik” pujukku. Adila tersenyum. Dia mula berjalan pergi dan melambai dari jauh. Setelah beberapa langkah, dia menoleh ke arahku dan berlari memelukku. erat. Dengan mata yang bergenang dan menahan sebak, Adila berkata, “Ingat tau, kita masuk syurga sama sama”.

Aku tersenyum sambil mengangguk.” InsyaAllah, Adila.” kataku. Dia meneruskan perjalannya ke kuliah. aku juga. Tengahari itu aku rasa tak sedap hati. sebaik saja tamat kuliah ,aku bergegas pulang. Sebaik saja tiba di rumah, telefon genggamku berbunyi. Oh!!! SMS rupanya.

“Assalamualaikum. Azah ” Ringkas sahaja SMSnya. Senyum Azah menerima SMS Adila. Biasalah Adila kalau menulis SMS kadang-kala ditulisnya “Azah” sahaja. Hati ini tidak berapa sedap seperti ada sesuatu yang berlaku. Tiba-tiba aku menerima panggilan telefon dari Hospital.

Allah. lemah seluruh anggota badanku namun aku kuatkan semangat dan terus bergegas ke hospital. Aku mengajar Adila mengucap dua kalimah syahadah, dan aku dapat melihat gerakan bibirnya mengikut apa yang aku sebut. tepat jam 5 petang Adila menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Alhamdulillah, nafasnya yang terakhir berakhir dengan kalimah suci. Dan saat itu saya baru perasan ada mesej yg belum dibuka, dari azah pukul 10 : 00 pagi tadi ; 

"Azah, ketahuilah hidup ini hanya pinjaman. Kalau ditakdirkan saya pergi dulu, jangan pernah berputus asa dalam kehidupan. Sambunglah perjuangan yang tersisa supaya kita semua dapat masuk syurga bersama. Hidup ini tidak kekal, pada DIA kembali kita” tekak terasa berpasir. Dada sakit menahan sebak. apa pun yang terjadi, saya kena lepaskan dia pergi. Janji Allah itu pasti.

Al Mathurat



Share:

0 komen:

Total Pageviews

Labels

Teman Blog

Pengikut