Kawan menjauhi diri

Dalam meniti kehidupan seharian kita memang tidak boleh lari dari berkawan. Tahap kawan pula berbeza mengikut tahap kepercayaan kita terhadap seseorang. Apa jua yang kita katakan kawan, teman atau sahabat mengikut tahap kepercayaan kita. Namun, acapkali kita tidak sedar bahawa seorang kawan mungkin ingin menjauhi diri dari kita atas alasan yang mungkin tidak dapat dikongsikan bersama. Salah satu sebabnya adalah kononnya tidak mahu mengecilkan hati kita bila dia berkata yang sebenarnya. Sering terjadi seseorang itu menjadi seorang yang berpura-pura dalam berkawan.

Pura-pura

Dia mungkin hanya berpura-pura masih mahu berkawan sedang di hatinya ingin menjauhi dirinya. Keinginan hatinya memanipulasikan diri kita terutama bantuan kita diperlukan dalam dia di dalam keadaan susah menyebabkan dia tak berupaya menjauhi dirinya. Jiwanya yang mungkin tak mahu mengecilkan hati kita juga menjadi salah satu penyebab.

Mengkritik secara terbuka

Bila hati sudah tidak suka, dia mungkin tidak mahu dilihat secara terang-terangan akan kebencian dirinya terhadap kita. Namun dia tak dapat melindungi emosinya dan secara terbuka mengkritik diri kita di hadapan orang lain. Dulu dia ada mengkritik kita dengan melalukannya secara sopan dan yang paling utama amat berhati-hati agar tidak diketahui orang lain.

Pada tahap lain pula dia mungkin sudah membuat kritikan terhadap dengan menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap kita kepada kenalannya yang lain. Tindakan itu tidak bijak jika kenalannya itu adalah kenalan kita juga kerana pada suatu hari mungkin kenalannya itu akan mendedahkan kepada kita. Bayangkan jika saat itu anda menghadapinya. Apakah yang kita rasa ?. Bagaikan hati dihiris-hiris kerana dia bukan sahaja tidak mahu berbincang dan menyatakan marahnya kepada kita tetapi telah menguar-uarkan kepada yang lain dan terasa seperti diri ini di tikam daripada belakang.

Manipulasi

Bila susah mencari cara untuk mengenakan kita, dia mungkin akan menggunakan nama orang lain yang dia tau kita tidak berapa senangi contohnya S.  Cara yang paling mudah adalah mengadakan cerita yang tidak pernah kita lakukan dan dikatakan cerita itu datang daripada S. Soalnya kenapa dia menggunakan nama S. Ini kerana dia pasti bahawa kita tidak akan menghubungi S untuk kepastian. Rasional sangat bukan ?.

Menyepikan diri

Mungkin dulu dia selalu bergurau dan boleh merasai kemesraan. Sekarang dia kerap menyepikan diri atau bila berjumpa dia lebih suka diam, buat hal sendiri, bercakap melalui atau bermain-main dengan telefon bimbitnya. Kes yang lebih teruk mungkin cuba menghindari diri jika terjumpa di mana-mana. Hakikatnya dia masih bergurau dengan kenalan yang lain, tapi bukan dengan kita.

Elak mengangkat panggilan

Bila dia rasa sudah penat memprotes secara terbuka, tahap selanjutnya mungkin tidak mahu mengangkat panggilan telefon atas alasan tertentu. Mungkin sebelum ini kita sedar dia mungkin dalam keadaan sibuk tapi masih punyai kesempatan untuk menghubungi kembali setelah dia dalam keadaan lega.

Sukar mendapat pertolongan

Dulu pantang sebut bahkan lebih bersiap sedia sebelum kita sedar. Sekarang walaupun beberapa kali meminta jasa baiknya langsung tiada apa tindakan yang dilakukan untuk membantu kita.

Apakah tindakan kita ?

Kita boleh memanjangkan senarai dapatan tanda kawan sudah ingin menjauhi diri. Adalah lebih baik kita menyembunyikan dari diketahui terutama darinya dan tetap dengan menghormatinya atas apa jua pilihan yang dibuat kepada kita. Apa pun siapalah kita ?. Kita hanya boleh mendiamkan diri dan menghindari dari perkara-perkara yang dia telah lakukan kepada kita seperti senarai di atas dan genggam segala kepanasan itu dengan seluruh jiwa raga dan pohon kekuatan dari yang maha kuasa.

Mungkin ramai di antara tidak pernah mempunyai kawan atau teman yang paling rapat dan lebih rela berahsia dalam hidup kerana sukar mendapat kawan yang boleh dipercayai. Seringkali dalam menangani kawan yang seperti itu acapkali kita akan berkelakuan yang agak aneh dan luarbiasa mengikut ukuran diri masing-masing seperti menjadi seorang yang kelihatan suka "main-main" atau "gila-gila".

Kita juga manusia dan perlu akur bahawa kita juga adalah tidak lepas dari melakukan kesalahan dan tindakan kawan menjauhi diri itu juga diakibatkan oleh kesalahan kita. 
Share:

6 komen:

Anonymous said...

Adalah merupakan satu kelemahan jika kita sering membuat 'andaian' atas apa juga keadaan. Jauh lebih baik jika berkomunikasi secara jujur , tanya jika ada kemusyikilan tentang tingkahlakunya dan nyatakan secara jujur jika kita sendiri sudah tidak berminat. Kebenaran tetap jauh lebih baik daripada andaian-andaian yang bermain dalam fikiran.

Anonymous said...

Ko ingat aku tak pernah tanya ?. Puas dah tanya tapi jawabannya diam. so jgn salahkan aku kalau aku tulis mcm ini. hei ko tu yg jangan nak mengandai macam-macam ye

Anonymous said...

Wow! Is it you?

Anonymous said...

so what ?

Anonymous said...

>__<

faizal.muzni said...

cheh macam-macam ada

Total Pageviews

Labels

Teman Blog

Pengikut