Puisi - Ramadhan (Ogos 2010)

Ramadan
Bulan yang diturunkan alquran
Bulan ramadan dan bulan barakah
ramadan almubarak

ramadan
kedatangan mu ditunggu penuh harapan
dan ketibaanmu kami mulia dan raikan
para abidin dan solehan berpesta
peluang beribadat pada yang esa
aku bersyukur padamu ya allah
kerana diberikan kesempatan menemui ramadan kali ini
aku berharap engkau bukalah pintu keampunanmu
dan rahmatmu untuk ku
dan izinkan lagi bagiku bertemu ramadan dan seterusnya

ramadan
setiap tahun kau datang
hanya sebulan bersamaku
membawa bersamamu lailatul qadar
dan kau akan pergi lagi
diiringi tangisan para abidin dan solehin

ramadan
lupalah peristiwa dulu
maafkan aku mengherdikmu
kini aku senang bersamamu
aku lebih rela dan redha
datanglah kepadaku
aku akan memeluk ciummu

Aug 2010


Share:

0 komen:

Total Pageviews

Labels

Teman Blog

Pengikut