Bagaimana anda boleh dibankrapkan ?

1.  Bagaimanakah anda atau seseorang itu boleh dibankrapkan ? Apakah undang undang yang/  mengawal kebankrapan ( bankruptcy )?

2. Undang undang mengenai kebankrapan adalah Akta Kebankrapan 1967. Seseorang itu HANYA boleh dibankrapkan oleh Mahkamah apabila Mahkamah mengeluarkan perintah penerimaan (receiving order atau RO) dan perintah adjudikasi (Adjudication Order atau AO) ke atas penghutang penghakiman (judgement debtor).

2. Jumlah minima yang seseorang yang berhutang itu boleh diisytiharkan bankrap adalah RM 30 ribu( sebelum ini RM 10 ribu sahaja ) iaitu setelah anda di saman oleh pemiutang dan diperintah oleh Mahkamah untuk membayar hutang itu.

3. Ini bermakna hanya kerana anda berhutang RM 30 ribu atau lebih dengan seseorang, anda tidak secara automatik boleh dibankrapkan. Orang yang ingin bankrapkan anda perlu saman anda dahulu di Mahkamah dan jika anda mempertikaikan hutang tersebut anda masih boleh lawan saman itu.

4. Bagaimanapun, jika anda telah diperintahkan oleh Mahkamah untuk bayar dan anda tidak merayu atas perintah Mahkamah tersebut , maka anda berpotensi untuk dibankrapkan .

5. Proses kebankrapan adalah satu proses lain daripada proses saman awal tadi. Proses kebankrapan bermula apabila anda diserahkan dengan Notis Kebankrapan ( Bankruptcy Notice atau peguam panggil BN ) oleh pemiutang itu . Jika anda tidak buat apa apa ke atas Notis Kebankrapan itu ( contohnya bayar hutang itu ) anda ( yang dipanggil penghutang penghakiman atau Judgement debtor ) dikira telah melakukan tindakan atau perbuatan kebankrapan, maka satu petisyen pemiutang ( creditor's petition atau peguam panggil CP ) akan difailkan pula ke atas anda.

6.  CP tersebut hanya boleh difailkan jika anda melakukan tindakan atau perbuatan kebankrapan dan ia hanya boleh difailkan sekiranya tindakan atau perbuatan kebankrapan itu dilakukan
oleh anda dalam masa 6 bulan sebelum CP itu difailkan di Mahkamah.

7. Selepas CP difailkan dan diserahkan kepada anda dan tiada apa apa tindakan dibuat bagi sama ada membayar hutang itu atau mengenepikan BN atau CP itu, maka Mahkamah boleh memerintahkan anda diisytiharkan muflis atau bankrap dengan Mahkamah mengeluarkan perintah penerimaan dan perintah adjudikasi ( peguam panggil perintah RO dan AO ).

Wallahu 'alam

4.2.2016

Pengerusi Kanun
Parti Amanah Negara
Share:

0 komen:

Total Pageviews

Labels

Teman Blog

Pengikut